Thursday, 11 April 2019

TOPIK 5: PENGURUSAN MURID


TOPIK 5: PENGURUSAN MURID

Menurut Jaafar Muhammad (1998), pengurusan merupakan satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Secara amnya, proses pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek seperti perancangan, pentadbiran (memoin) dan pengawalan atau pemulihan.

            Terdapat beberapa isi penting dalam topik ‘Pengurusan Murid' yang dapat kita bincangkan. Salah satunya mengenai kaedah dalam mengurus rekod murid. Sebagai contoh, Sistem Maklumat Murid Berkomputer yang telah diperkenalkan sejak tahun 2000. Sistem ini mengandungi maklumat senarai rekod kesihatan murid, rekod Rancangan Makanan Tambahan, rekod Skim Pinjaman Buku Teks, rekod kedatangan harian, dan kemudahan mendaftar untuk murid. Sistem ini lebih dikenali sebagai Sistem Maklumat Murid (SMM). Selain itu, terdapat juga APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) yang merupakan salah satu kaedah dalam mengururs rekod murid. Di samping itu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dikendalikan oleh pihak sekolah juga merupakan kaedah dalam mengurus rekod murid. PBS ini perlu dirancang, diskor, dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia agar dapat meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan. Jadi, kepentingan yang diperoleh apabila seseorang guru itu mengurus rekod murid di sekolah ianya dapat membantu guru-guru dalam membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah, mempertingkat dan memperkasa kaedah pengajaran sekaligus membantu guru dalam menentukan aktiviti yang sesuai dengan minat murid. 

            Bukan itu sahaja, terdapat beberapa cara pengurusan rekod murid diuruskan di sekolah. Antaranya ialah pemantapan sistem pengurusan murid seperti profil murid perlu kemas dan teratur, memperkembang akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku murid serta menyelesaikan masalah murid dengan baik. Seterusnya, topik ini juga membincangkan mengenai kesediaan murid belajar. Kesediaan belajar merupakan suatu pembelajaran yang akan berlaku sekiranya wujud kesediaan pelajar untuk belajar. Kesediaan belajar ini terdiri daripada tiga jenis, iaitu kesediaan kognitif, afektif, dan psikomotor. Kesediaan kognitif merupakan peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya, menaakul dan berfikir serta dapat menghubungkaitkan pengalaman sedia ada seseorang. Kesediaan afektif pula merujuk kepada sikap pelajar terhadap pembelajaran itu sendiri. Kesediaan psikomotor pula mengenai kesediaan fizikal dan menggunakan fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama. Kesediaan ini bergantung kepada kesediaan kognitif serta afektif pelajar. Terdapat juga faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar seperti faktor pengalaman dan faktor kemantangan.

            Seterusnya, topik ini juga membincangkan mengenai cara-cara untuk meningkatkan motivasi kepada pelajar. Menurut Petri (2003), motivasi merupakan suatu aksi yang dimulakan, dikekalkan, diarah dan ditamatkan. Pendek kata, motivasi merupakan aksi yang menggerakkan tingkah laku untuk mencapai keinginan dalaman seseorang. Guru harus meningkatkan motivasi untuk membantu pelajar memiliki keyakinan diri dengan cara menetapkan matlamat yang spesifik dan mencabar bukan sesuatu yang boleh dicapai.

            Kesimpulannya, pengurusan murid amat perlu dititikberatkan oleh pihak guru dalam menjayakan matlamat sesebuah organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam sesebuah organisasi pengurusan amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang lebih berkesan dan lancar. Oleh itu, semua pihak sekolah perlulah memainkan peranan dalam menjayakan misi kerajaan untuk mencapai taraf pendidikan dengan lebih cemerlang setanding negara-negara lain.

RUJUKAN

Diperoleh daripada  http://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-murid.html

Diperoleh daripada http://www.utusan.com.my/pendidikan/pembelajaran-menyeronokkan-pikat-murid-1.435657

Diperoleh daripada https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://m.utusan.com.my/pendidikan/pembelajaran-menyeronokkan-pikat-murid-1.435657&ved=2ahUKEwiJ-YOMl8jhAhXNknAKHUKmDMYQFjAAegQIBhAB&usg=AOvVaw2Vr5H6ECh-mwwmJx5kXgAF

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Diperoleh daripada  https://apdm.net.my/

No comments:

Post a Comment

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN Sesi pembelajaran diteruskan dengan topik ‘Interaksi dan Pembelajaran’. Secara umumnya, interaksi b...