TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
Sesi
pembelajaran diteruskan dengan topik ‘Interaksi dan Pembelajaran’. Secara
umumnya, interaksi bermaksud saling tindakan yang berlaku antara
sekurang-kurangnya dua pihak. Interaksi terdiri daripada kata inter (hantar),
dan aksi (kegiatan). Jadi, interaksi adalah kegiatan timbal balik yang mana
selalu dikaitkan dengan istilah komunikasi atau hubungan. Menurut Zahra
(1996:91), “Interaksi merupakan kegiatan timbal balik. Interaksi belajar dan
mengajar adalah suatu kegiatan sosial antara pelajar dan guru”. Tambahan pula,
pembelajaran boleh didefinisikan sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pendek
kata, interaksi dalam pembelajaran membawa maksud satu jalinan hubungan di
antara guru dan pelajar.
Terdapat beberapa isi penting yang
perlu diketahui dan dipelajari dalam tajuk ini. Antaranya ialah interaksi dalam
bilik darjah. Interaksi ini bererti tindakan yang sering berlaku antara
sekurang-kurangnya dua pihak, iaitu guru dan pelajar. Guru yang cemerlang
semestinya akan menggalakkan pelajarnya untuk berinteraksi sama ada dengan guru
atau sesama rakan yang lain semasa proses P&P. Hal ini dikatakan demikian
kerana interaksi aktif sesama pelajar mampu melatih mereka untuk berdikari,
malah dapat mewujudkan suasana pebelajaran yang lebih berkesan. Interaksi bilik
darjah ini juga boleh berlaku dalam dua bentuk, iaitu secara lisan atau bukan
lisan. Selain itu, menurut Shahabuddin et.al. (2010), terdapat beberapa bentuk
interaksi bilik darjah, iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala, interaksi
kumpulan, dan interaksi sosial.
Interaksi yang pertama ialah
interaksi sehala (guru dan pelajar). Interaksi ini merupakan kaedah mengajar
dengan menggunakan cara yang lama atau pasif. Hal ini kerana, pelajar dipaksa
untuk menerima apa sahaja ilmu yang disampaikan oleh guru tersebut. Interaksi
ini, guru lebih mengamalkan pendekatan jenis autokratik yang mana pelajar tidak
mempunyai kuasa untuk memberi idea mengakibatkan pemikiran pelajar tidak dapat
dikembangkan. Kedua, interaksi dua hala yang mana sering berlaku pada sesi soal
jawab, hafazan atau sebagainya di dalam bilik darjah. Guru banyak mendorong
pelajar untuk aktif menyoal bagi mengeluarkan pendapat. Ketiga, interaksi
kumpulan yang bertujuan untuk menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam
proses P&P. Interaksi ini berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan
seperti perbincangan, simulasi, dan sebagainya. Interaksi sebegini mampu
memupuk nilai positif seperti toleransi, berkerjasama dan sebagainya. Guru
tidak akan terlibat dalam sesi perbincangan ini, namun hanya memainkan peranan
sebagai pemudahcara kepada para pelajar. Interaksi terakhir ialah interaksi
sosial. Dalam konteks bilik darjah, pendekatan ini lebih menekankan aktiviti
secara berkumpulan. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan interaksi sosial.
Namun begitu, selain daripada
kelima-lima interaksi yang dinyatakan, interaksi berkesan juga merupakan
interaksi yang berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima oleh pendengar.
Terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan oleh guru untuk mewujudkan
interaksi berkesan. Antaranya, bersikap positif dan percaya kepada pelajar,
bersifat ramah dan mesra, dan sebagainya. Bukan itu sahaj, kemahiran komunikasi
juga merupakan aspek penting dalam sesebuah interaksi. Komunikasi ialah
pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat kepada sumber penerima
maklumat. Terdapat beberapa bentu komunikasi tamsilnya, komunikasi lisan
(bahasa, dialek, intonasi suara), komunikasi tanpa lisan (senyuman), komunikasi
persuratan dan visual. Namun begitu, terdapat juga halangan ketika
berkomunikasi seperti sikap penyampai, suasana persekitaran, emosi, dan
sebagainya.
Tuntasnya, interaksi yang berkesan
dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan pelajar bukan sahaja di dalam
bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah. Interaksi berkesan dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah aspek penting kerana interaksi merupakan
proses utama bagi guru menyampaikan ilmu kepada pelajar. Jika guru mempratikkan
dan memanfaatkan segala kebaikan interaksi, pasti dapat meningkatkan prestasi
bukan sahaja guru malahan para pelajar dan pihak sekolah.
Rujukan
Amir
Hasan Dawi. (1999). Penteorian sosiologi
dan pendidikan. Tanjung Malim: Quantum Books.
Che Nidzam Che Ahmad, Saidatul Ainoor Shahanim & Asmayati Yahaya. (2016). Kesesuaian Persekitaran Pembelajaran, Interaksi Guru-Pelajar, Komitmen Belajar dan Keselesaan Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Biologi. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 6(1), 101-120. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/311807343_KESESUAIAN_PERSEKITARAN_PEMBELAJARAN_INTERAKSI_GURU-PELAJAR_KOMITMEN_BELAJAR_DAN_KESELESAAN_PEMBELAJARAN_DALAM_KALANGAN_PELAJAR_BIOLOGI
Diperoleh daripadaChe Nidzam Che Ahmad, Saidatul Ainoor Shahanim & Asmayati Yahaya. (2016). Kesesuaian Persekitaran Pembelajaran, Interaksi Guru-Pelajar, Komitmen Belajar dan Keselesaan Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Biologi. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 6(1), 101-120. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/311807343_KESESUAIAN_PERSEKITARAN_PEMBELAJARAN_INTERAKSI_GURU-PELAJAR_KOMITMEN_BELAJAR_DAN_KESELESAAN_PEMBELAJARAN_DALAM_KALANGAN_PELAJAR_BIOLOGI
http://pengurusanpembelajaran13a.blogspot.com/2018/11/interaksi-dan-pembelajaran.html
Diperoleh daripada https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://missugliest.blogspot.com/p/bab-2.html%3Fm%3D1&ved=2ahUKEwiYpbStocjhAhUX3o8KHYhDCRAQFjAAegQIAxAB&usg=AOvVaw1lIjabZJ14DULJAKRr-oRw
Diperoleh daripada https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://remiefarizf.wordpress.com/2018/12/27/bab-2-interaksi-dan-pembelajaran/amp/&ved=2ahUKEwjutPnso8jhAhUB5bwKHXHQA904FBAWMAV6BAgDEAE&usg=AOvVaw1Nkm_buip79Swl5l6B904q
