Thursday, 11 April 2019

TOPIK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


TOPIK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Pengurusan ialah suatu proses untuk merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Manakala, menurut Zuraidah (1994), nasihat ialah kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk menggelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi.

            Terdapat beberapa subtopik penting dalam topik ‘Pengurusan Penasihatan Murid’, iaitu mengenai bimbingan, penasihatan, mentoring, serta proses membimbing dan penasihatan. Bimbingan merupakan proses membantu individu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Penasihatan pula merupakan proses menasihati individu atau kumpulan, manakala mentoring merupakan proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara professional dalam menghadapi masalah. Proses mentoring melibatkan mentor dan mentee. Matlamat sistem mentor dijalankan adalah untuk mewujudkan suasana kekeluargaan, kasih sayang antara guru atau pensyarah dengan pelajar, menggerakkan pelajar supaya aktif dalam segenap aspek sama ada dalam akademik, kokurikulum, kreativiti dan sahsiah pelajar serta mengawal disiplin pelajar secara tidak langsung.

            Selain itu, proses bimbingan dan penasihatan melibatkan pengumpulan data seperti maklumat pelajar. Data yang diperolehi perlulah mencukupi bagi membimbing pelajar. Sumber data boleh diperoleh daripada guru, rakan, ibu bapa, guru disiplin dan sebagainya. Proses yang dilalui hendaklah tidak bercanggah dengan peraturan sekolah dan pekeliling yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bimbingan dan penasihatan merupakan salah satu medium bantuan untuk pelajar dalam membantu pencapaian akademik, pemilihan kerjaya, aspek psikologi dan kesihatan mental serta pembentukan sahsiah dan kemahiran sosial. Terdapat pelbagai program bimbingan, penasihatan dan mentoring yang boleh dijalankan di sekolah seperti Program Guru Penyayang, Program Mentor Mentee, Program Anak Angkat Kelas Peperiksaan dan sebagainya.

            Namun begitu, jika sistem penasihatan tidak dijalankan sudah pasti akan mengakibatkan kemerosotan disiplin dan akademik pelajar, sekolah dianggap tidak lengkap dan tiada sokongan dalam akademik atau bukan akademik. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, pihak sekolah perlulah memainkan peranan penting dalam menyusun semula pentadbiran penasihatan atau kaunseling, penapisan atau penyaringan untuk menentukan mentor, berupaya menguruskan emosi dalam kalangan penasihat dan sebagainya.

            Tuntasnya, bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan inisiatif berkesan yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam pelbagai aspek. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik dan matlamat yang tersendiri. Oleh itu, cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid haruslah diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang diri mereka.

RUJUKAN
Azurah Razak. (2013). Pengurusan Penasihatan Murid. Diperoleh daripada            https://www.slideshare.net/AzurahRazak/pengurusan-penasihatan-murid-18242709

Fathmalyn Abdullah. Pengurusan Penasihatan Murid: Bimbingan dan Kaunseling. Diperoleh daripada https://missugliest.blogspot.com/p/pengurusan.html

Noriadah Abdul Karim et al. (2013). Kepuasan Pelajar terhadap Penasihat Akademik. 2nd  International Seminar on Quality and Affordable Education. Diperoleh daripada

Safura Ahmad Sabri et al. (2016). Peranan program mentoring dalam pembentukan sahsiah pelajar. 3  International Conference On Management & Muamalah 2016.    Diperoleh            daripada conference.kuis.edu.my/icomm/3rd/eproceedings/IC-035.pdf


Tiwi Kamidin. (2004). Pendekatan Sistem Mentor Dalam Pengurusan Tingkah Laku         Bermasalah. Jurnal penyelidikan MPBI, 5, 56-64. Diperoleh daripada            www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/tiwi2004.pdf

No comments:

Post a Comment

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN Sesi pembelajaran diteruskan dengan topik ‘Interaksi dan Pembelajaran’. Secara umumnya, interaksi b...