Thursday, 11 April 2019

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Konsep kepelbagaian budaya adalah konsep pendidikan yang memberi peluang pendidikan kepada semua murid yang berbeza dari aspek etnik, keturunan, bahasa, adat resam dan budaya untuk mendapat pendidikan yang adil dan sama rata. Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Pelbagai budaya juga didefinisikan sebagai satu sistem kepercayaan yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam sesebuah kelompok organisasi atau masyarakat yang terdapat pada sesebuah kawasan itu. Lantaran itu, sesebuah masyarakat itu harus menerima dan menghargai perbezaan sosial budaya tanpa mengira kaum.

            Terdapat beberapa isi penting di dalam topik ini antaranya ialah kepelbagaian budaya murid, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid. Perbezaan individu dalam konsep pelbagai budaya ini dikatakan memang berbeza antara satu sama lain. Guru perlu sedar hakikat ini kerana terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar. Banyak perbezaan dalam kalangan pelajar iaitu dari segi bangsa, agama, taraf keluarga dan gender. Ianya juga melibatkan golongan minoriti – orang kurang upaya, golongan minoriti (orang asli). Sekolah haruslah memikul tanggungjawab dalam memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu.

            Selain itu, dari segi pengurusan merentas budaya beberapa aspek perlu dikuasai oleh seorang guru, iaitu pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian murid. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian yang wujud antara murid perlu difahami dengan sebaiknya dalam membantu memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar. Secara tidak langsung, semangat perpaduan akan dapat dipupuk. Dalam menghadapi kepelbagaian sosiobudaya di bilik darjah, guru seharusnya bijak mengendalikan suasana pembelajaran tersebut. Sebagai contoh, dengan mewujudkan satu persekitaran psiko sosial yang baik di dalam bilik darjah. Persekitaran psiko sosial ini meliputi layanan yang sama rata, pembinaan rapo dan interaksi dua hala. Bukan itu sahaja, aspek pengurusan budaya yang lain seperti penerapan nilai murni dan disiplin, amalan penggunaan bahasa yang sesuai, aktiviti P&P bersifat koperatif dan sebagainya juga perlulah dikuasai oleh guru.

            Seterusnya, isu kepelbagaian budaya murid pula membincangkan mengenai murid yang berbeza dari aspek etnik, keturunan, bahasa, adat resam dan budaya untuk mendapat pendidikan yang adil dan sama rata. Seorang guru perlulah memberi pendidikan yang sama rata kepada semua jenis pelajar walaupun berlainan latar belakang keluarga. Pendidikan adalah  satu proses evolusi yang berubah secara berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru. Bagi menghadapi perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan berkualiti, maka latihan dan perkembangan staf guru boleh berlaku dalam tiga kaedah. Pertama, melalui program perguruan asas/pra perkhidmatan yang mana sukatan pelajaran pendidikan guru di maktab dan universiti perlu disemak semula  untuk menekankan komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah. Kedua, melalui kursus dan perkhidmatan yang mana kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan untuk membantu para guru menangani perubahan secara   berkesan. Isi kandungan kursus perlu diasaskan kepada kumpulan sasaran  serta aspek perubahan, penguasaan kemahiran baru  dan peneguhan kemahiran yang sedia ada. Ketiga, program pengembangan staf berpusatkan sekolah. Pendekatan ini menggalakkan keseluruhan staf sesebuah  sekolah untuk menghadapi dan menyelesaikan isu  sebenar dalam konteks kerja yang sebenar.

            Pengurusan budaya penting dalam mewujudkan suasana sekolah yang harmoni. Guru merupakan pendidik yang sangat penting dalam menjayakan kecemerlangan murid-murid. Tanpa peranan mereka, masalah yang dihadapi tidak dapat diatasi, malah sebarang perubahan yang dijalankan tidak dapat berjalan dengan lancar. Seseorang guru perlulah bersikap terbuka dan berusaha untuk mengenali pelajar yang pelbagai. Pelajar belajar dengan apa yang dilihat dan diajar oleh guru. Hal ini dikatakan demikian kerana guru merupakan role model kepada pelajar. Oleh itu, semua guru haruslah memainkan peranan dalam membentuk kecemerlangan murid-murid tanpa ketidakadilan dalam memberi pendidikan.






RUJUKAN

Azwani Ismail & Zahara Aziz. (2009). Pendidikan Pelbagai Budaya dalam Sistem Pendidikan di Malaysia. Sosiologi Pendidikan, 9(2), 38-48). Diperoleh daripada https://docplayer.net/35121890-Pendidikan-pelbagai-budaya-dalam-sistem-pendidikan-di-malaysia-azwani-ismail-zahara-aziz.htmlhttps://docplayer.net/35121890-Pendidikan-pelbagai-budaya-dalam-sistem-pendidikan-di-malaysia-azwani-ismail-zahara-aziz.html

Cheq Nardh. Diperoleh daripada https://www.scribd.com/presentation/102410899/pengurusan-merentas-budaya

Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya terhadap Guru dan Murid. Diperoleh daripada https://www.academia.edu/11877553/Implikasi_Kepelbagaian_Sosio Budaya_Terhadap_Guru_dan_Murid 

June M.L Poon, Rohayu Abdul Ghani & Rasidah Arshad. (2000). Kesan Latihan Silang Budaya terhadap Tanggapan Kawalan dan Sikap Silang Budaya. Jurnal Pengurusan, 19, 3-25. Diperoleh daripada ejournal.ukm.my › Home › Vol 19 (2000) › L. Poon

Noraini Omar, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Isa Hamzah. Kepelbagaian Budaya Dalam            Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam: Teori Dan Amalan. Diperoleh          daripada https://jtssweb.files.wordpress.com/.../kepelbagaian-budaya-dalam-pengajaran-dan-pe...


No comments:

Post a Comment

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN Sesi pembelajaran diteruskan dengan topik ‘Interaksi dan Pembelajaran’. Secara umumnya, interaksi b...