TOPIK 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN
PEMBELAJARAN PELAJAR
Pengurusan
bermaksud proses merancang, pengorganisasian, memimpin dan mengawal semua ahli
organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Dalam
dunia serba moden ini, aspek pengurusan adalah satu perkara yang tidak dapat
dipisahkan manusia. Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan
perkembangan manusia di sekelilingnya. Oleh itu, kajian pengurusan dan
pembelajaran pelajar membincangkan mengenai pengurusan pembelajaran dan
kajian-kajian pembelajaran pelajar. Ia juga memberi kesedaran tentang
kepentingan pengurusan dan pembelajaran serta perspektif multidisiplin
pengurusan pembelajaran dan konsep-konsep sosiologi pembelajaran.
Secara
umumnya, multidisiplin
merujuk kepada kepelbagaian bentuk yang dialami dalam melaksanakan pendidikan di
dalam sesebuah negara seperti bidang ekonomi, agama dan sains. Terdapat
beberapa ilmuwan yang telah membincangkan tentang multidisiplin seperti Santa
Fe Instate dan Murray Gell. Di samping itu, terdapat juga tokoh-tokoh yang
membicarakan tentang kajian-kajian pengurusan pembelajaran pelajar termasuklah
Muhammad Bustaman dan Abd Rahman Rashid. Antara kajian yang dijalankan bagi
meningkatkan standard kualiti pengurusan pembelajaran termasuklah pengurusan
masa guru yang berkesan, kaedah pembelajaran semasa, teknik pengajaran yang
sesuai dengan keadaan semasa dan sukatan buku teks.
Selain itu, terdapat juga
pelbagai konsep yang dapat dijelaskan dalam bab ini. Antaranya konsep mengawal,
merancang, pengalaman, dan mengarah. Secara umunnya, konsep mengawal ialah
bagaimana seorang guru mengawal peraturan bilik darjah, mengawal aktiviti
kumpulan, mengawal murid yang bermasalah, dan mengawal suasana bilik darjah. Pendidik seharusnya tahu tentang bagaimana untuk
merekabentuk persekitaran kelas yang tertumpu pada pembelajaran (Emmer &
Evertson, 2003). Oleh itu para pendidik perlu bijak merancang, melaksanakan
pelbagai kegiatan pengajaran dan pembelajaran, mengawal peraturan yang telah
digariskan serta membentuk kumpulan dan mengawal serta menjana perubahan tingkah
laku yang baik. Konsep
merancang pula adalah untuk merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan
pelajaran dan pengetahuan sedia ada murid, merancang strategi dan kaedah
pengajaran yang efektif dan sebagainya. Manakala, konsep mengarah
diklasifikasikan seperti mengarah murid supaya menumpukan perhatian kepada
pengajaran dan sebagainya. Selain itu, pengalaman dapat dikaitkan pembelajaran
dengan pengalaman sedia ada pelajar seperti sesi soal jawab.
Bukan itu sahaja, topik ini
juga membincangkan mengenai pengurusan dan pembelajaran pelajar yang berkesan.
Terdapat tiga jenis pengurusan dan pembelajaran yang efektif, iaitu keperluan
fisiologi, pengurusan masa dan iklim bilik darjah. Setiap guru perlu mengetahui
keperluan fisiologi pelajar seperti tahap pembelajaran, keluarga, tingkah laku,
dan emosi. Dari aspek pengurusan masa membolehkan pelajar menjalankan
pembelajaran dengan masa yang sama dan jadual waktu perlu mengambil kira
kebolehan pelajar. Sebagai pendidik, mereka perlu peka dengan masa supaya mengelakkan
pembaziran. Iklim bilik darjah juga memainkan peranan penting dalam pengurusan
dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai contoh, pencahayaan yang cukup, perabot
yang selesa dan mencukupi serta aliran udara yang baik dan lancar. Seterusnya,
terdapat beberapa kaedah pengurusan dan pembelajaran pelajar yang dapat
dibincangkan dalam topik ini. Pertama, pendekatan pengurusan dan pembelajaran
yang berkait dengan model, prinsip dan teori pembelajaran. Kedua, dengan
menggunakan kaedah set induksi yang baik dan mampu menarik minat pelajar.
Ketiga, dengan menggunakan kaedah demonstrasi bagi melaksanakan strategi
berpusatkan pensyarah.
Kesimpulannya, pendidik
merupakan harta bernilai kepada sesebuah institusi pendidikan. Mereka bukan
sahaja bernilai dalam memberikan pendidikan kepada pelajar, malah berupaya
untuk menjadi rujukan dan pemangkin dalam pembentukan pakar yang lain. Oleh
itu, setiap pendidik perlu belajar untuk mengubah dirinya agar sentiasa menjadi
bertambah baik, sentiasa berketerampilan dalam pengalaman dan berpengetahuan
dalam bidang keilmuan lain selain dari mahir dalam bidang keilmuannya.
RUJUKAN
Diperoleh daripada http://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar.html?m=1
Diperoleh daripada http://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar.html?m=1
Emma
Safwanah Sahirin. (2015). Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar [Slaid].
Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/1232747313/pengurusan-dan-pembelajaran pelajar-kps3014
Khairul Azhar Mat Daud, Md. Baharuddin Abdul Rahman & Mohd Ali Samsudin. Kajian Tentang Tahap Pembelajaran Terarah Melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran Berorientasikan Pelajar. Diperoleh daripada https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://umkeprints.umk.edu.my/2849/1/artikel%2520Teniat%2520FTKW.pdf&ved=2ahUKEwjHpv_Hm8jhAhVT-WEKHfPXALg4ChAWMAx6BAgCEAE&usg=AOvVaw3sKHuBPTP3T7juJgiv3hcx
Khairul Azhar Mat Daud, Md. Baharuddin Abdul Rahman & Mohd Ali Samsudin. Kajian Tentang Tahap Pembelajaran Terarah Melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran Berorientasikan Pelajar. Diperoleh daripada https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://umkeprints.umk.edu.my/2849/1/artikel%2520Teniat%2520FTKW.pdf&ved=2ahUKEwjHpv_Hm8jhAhVT-WEKHfPXALg4ChAWMAx6BAgCEAE&usg=AOvVaw3sKHuBPTP3T7juJgiv3hcx
Tang Swee Mei & Lim Kong Teong. (2002). Hubungan Antara Kualiti Pengajar dan Pembelajaran dengan Kepuasan Pelajar: Satu Tinjauan, 3(1), 67-85. Diperoleh daripada https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://repo.uum.edu.my/427/1/Tang_Swee_Mei.pdf&ved=2ahUKEwjHpv_Hm8jhAhVT-WEKHfPXALg4ChAWMA56BAgFEAE&usg=AOvVaw2qHy_Ppli3H7ljis-p6uu1
No comments:
Post a Comment