TOPIK 7: PENGURUSAN SUMBER
Pengurusan
sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan atau matlamat.
Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasilkan individu yang
berkualiti, proaktif dan seterusnya mengurangkan masalah yang berkaitan dengan
sumber. Secara umumnya, pengurusan merupakan satu proses sosial untuk
menentukan tanggungjawab bagi keberkesanan perancangan dan pelaksanaan sesebuah
organisasi, Brech (1976). Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, sumber adalah bahan
atau tenaga yang diperlukan untuk melaksanakan suatu pekerjaan yang dapat
dibahagikan kepada sumber primer dan sumber sekunder. Jadi, proses pembelajaran berasaskan sumber adalah
pencapaian subjek dan objektif maklumat melalui pendedahan dan aktiviti yang
menggunakan maklumat dari pelbagai sumber. Pelajar akan melibatkan diri dalam
proses pembelajaran aktif dengan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber
berdasarkan pembelajaran di dalam kelas. Guru akan bertindak sebagai
fasilitator dalam proses pembelajaran dan menyediakan maklumat pencetus bagi membantu
pelajar untuk mencari maklumat dengan aktif sama ada menggunakan sumber
elektronik atau sumber bukan elektronik dan seterusnya menjadi penyelesai
masalah yang kreatif.
Melalui
topik ini, terdapat beberapa jenis sumber utama yang difokuskan dalam
pengurusan pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah pusat sumber, makmal
komputer, makmal sains dan sebagainya. Pusat sumber sekolah merupakan satu
pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan sumber-sumber ilmu dahulu dan kini
untuk digunakan oleh pelajar. Pusat sumber ini juga terdiri daripada pelbagai
bentuk bahan bercetak seperti majalah, buku, novel dan sebagainya termasuklah
bahan bukan bercetak seperti CD pembelajaran, televisyen, dan lain-lain lagi.
Pusat sumber ini berperanan sebagai tempat untuk memperkembang kurikulum dan
kokurikulum pendidikan selain mengaanjurkan pelbagai aktiviti galakkan membaca,
pameran buku dan sebagainya.
Selain
itu, makmal sains pula merupakan satu sumber yang dibina untuk pengajaran dan
pembelajaran amali sains oleh pelajar. Makmal sains penting bagi pelajar kerana
ianya memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan
pembelajaran Sains pada peringkat persekolahan. Makmal komputer pula merupakan
sebuah tempat yang mana di dalamnya mempunyai beberapa buah komputer untuk
kegunaan pelajar. Pengurusan makmal komputer menekankan
beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer
dari segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal
komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek
pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap
masa.
Jadi, sumber pembelajaran amat
memainkan peranan yang amat penting dalam pengurusan pembelajaran. Hal ini
dikatakan demikian kerana sumber pembelajaran berfungsi dalam meningkatkan
produktiviti pendidikan dengan memudahkan proses pembelajaran, membantu guru
untuk menggunakan waktunya dengan lebih baik, mengurangkan beban guru dalam
menberikan informasi dengan lebih banyak, membina dan mengembangkan minat
belajar dan memberi kesempatan kepada pelajar untuk berkembang sesuai dengan
kemampuannya. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa kemahiran akses sumber
pembelajaran yang dibincangkan dalam topik ini. Antaranya, kemahiran mengaplikasi
data, kemahiran mengesan, kemahiran merujuk, kemahiran membuat tinjauan,
kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran menginterpretasi bahan-bahan dari
sumber, dan kemahiran untuk menganalisis dan menilai informasi dari pelbagai
sumber.
Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan
bahawa sumber pembelajaran
di
sekolah merupakan suatu
keperluan dan instrumen yang sangat
penting bagi guru dan pelajar
itu sendiri dalam melakukan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh hal yang demikian, pengurusan sumber di institusi sekolah haruslah diuruskan dengan cekap, teratur dan baik. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan
menghasilkan individu yang berkualiti, produktif, dan seterusnya meminimumkan
masalah yang berkaitan dengan sumber pembelajaran.
Diperoleh daripada https://missugliest.blogspot.com/p/pengurusan-sumber.html
Diperoleh daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Makmal
Mohd Naser Md. Dan. (2013). Pengurusan Makmal Sains di Sekolah Menengah Zon Chanis Muadzam Shah Pahang (Disertasi Kedoktoran). Diperoleh daripada rujukanmakmal.blogspot.com/2009/03/pengurusan-makmal-sains.html
Mohd Naser Md. Dan. (2013). Pengurusan Makmal Sains di Sekolah Menengah Zon Chanis Muadzam Shah Pahang (Disertasi Kedoktoran). Diperoleh daripada rujukanmakmal.blogspot.com/2009/03/pengurusan-makmal-sains.html
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Diperoleh daripada btp.moe.gov.my/media/PSP/pusat_sumber_abad_ke_21__new_edit_on_20.11.17.pdf
No comments:
Post a Comment